Selamat Datang
Galeriku
Galeri Istimewa
Kesihatan
Mesti Klik
Komen
Link Pilihan
ALBUM GAMBAR MAK

Mak aku, dilahirkan oleh pada tahun 1931 di Kampung Bota Kiri, Perak. Anak ketujuh dari lapan adik beradik. Dididik oleh arwah ibunya Ngah Pura dengan baik, bersopan santun, dan tak banyak cakap. Sangat berkenan di hati Teh Lijah lalu dirisik untuk disatukan dengan anaknya Abu Bakar. . Emak aku ni bergitu gigih membesarkan anak-anaknya yang 10 dgn penuh kasih sayang dari saat tangisan pertama hinggalah anak2nya selesa berdikari dan bekeluarga.

3hb Oktober 2004, pada jam 2.35 pagi Ahad, emak menghembuskan nafasnya yg terakhir. Dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Bota Kiri, iaitu kira2 setengah kilometer dari rumah.