Selamat Datang
Galeriku
Galeri Istimewa
Kesihatan
Mesti Klik
Komen
Link Pilihan
FAMILIKU
Inilah keluarga saya. Bapa sebagai seorang pegawai polis manakala emak pula surirumah sepenuh masa. Sebagai anggota polis bapa pernah bertugas di beberapa tempat antaranya di Pahang, Batu 10 Lekir, Segari, Simpang Ampat Sitiawan.

Emak melahirkan 10 orang anak. Enam lelaki dan empat perempuan. Bapa meninggal ketika berusia 53 tahun pada bulan Jun tahun 1976. Manakala emak pula menyahut panggilan Illahi pada  3hb Oktober 2004 ketika berusia 71 tahun iaitu 28 tahun selepas pemergian bapa. Kakak saya, Latifah pula meninggal dunia 5 bulan  selepas emak  pergi.

Terdapat sedikit keanehan pada anak yang bongsu. Banyak yang kata comel sesangat! Dan nakal. Ditulis serba sedikit kisah-kisah anak yang bongsu ni semasa kecil dan remaja dalam kolum Kisah Lama.
Kisah Lama. Mengimbas kenangan yang tidak dapat dilupakan di Sitiawan, Bota dan sekarang.
ALLAHYARHAM ABU BAKAR BIN UDA LUDIN
Bapak saya, dilahirkan di Padang Changkat, Bota Kanan Perak pada tahun 1924. Bekerja sebagai  seorang   pegawai polis yang tegas dan dedikasi serta bersih. Pada usia 20 tahun, arwah bapak dijodohkan dengan  orang Bota Kiri, Hatijah Bt Tamam yang cantik dan  jelita serta berbudi bahasa.  Hasil perkongsian bistari,  dikurniakan 10 orang anak. Arwah bapak pernah  bertugas di Batu 10  Lekir, Pahang(masa zaman  komunis dulu), Kg. Baharu dan Sitiawan. Beliau boleh   dikatakan amat  tegas dan garang.. Arwah bapak  meninggal dunia  pada 4.35 petang 10/6/76 di Hospital  Besar Ipoh  akibat penyakit barah paru-paru dan juga  kencing  manis. Dikebumikan di tanah perkuburan Padang  Changkat, Bota Kanan.
ALLAHYARHAM HATIJAH BTE TAMAM
Mak saya, dilahirkan oleh pada tahun 1931 di Kampung Bota Kiri, Perak. Anak ketujuh dari lapan adik beradik.  Dididik oleh arwah ibunya   Ngah Pura dengan baik,  bersopan santun, dan tak banyak cakap. Sangat  berkenan di hati Teh Lijah lalu dirisik untuk disatukan  dengananaknya Abu Bakar. .  Tiga tahun yang lalu,  emak lumpuh dan tidak boleh berjalan akibat kakinya  dipotong kerana penyakit kencing manis.  3hb  Oktober 2004, pada jam 2.35 pagi Ahadi, emak  menghembuskan nafasnya yg terakhir. Dikebumikan di  tanah perkuburan Kg. Bota Kiri, iaitu kira2 setengah  kilometer dari rumah.

Othman
Shimah
Esah
Zurina
Shahruddin
Tahiruddin
Saharuddin
Haslina
Habsah
Mala
  Shamsul              Azhar                Faris
  Hafis                   Wizri               Anis              Azlan
Fadilah             Fikri              
  Rosmiza             Erwandi              Aalia              Asraff
     Faizal                Zarina              Yusri               Shamir              Ida
  Fairus                 Johari              Huda
Amar             Ramadan
    Aizad                Ridzuan              Jannah              Atira              Kimi
Najiha            Awin
Shazwani           Aiman
Saedah Abu Bakar
Kakak aku yang sulong, menetap di Bota Kiri, tak jauh dari rumah mak. Biasa dipanggil Dah, kini membantu suaminya berniaga kedai kopi. Anak sulungnya Shamsul Kamal meninggal dunia pada 14/11/2005
Syafie Abu Bakar
Dipanggil pie, bekas navy, pernah bertugas di Sabah,  Singapura dan   Lumut. kini sebagai kontraktor di Bota Kiri.   Menetap di Kampung  gelung  Pepuyu, Bota.
Mat Daud Abu Bakar
Dipanggil daud, gelarannya dadu, daudbom dan presiden. Bekas askar,  pernah bertugas di Sarawak, bekas pelukis kartun Majalah tentera, kini menetap di Pantai Remis, Perak.
Rosnah Abu Bakar
Mesra dgn panggilan Nah, kini berniaga kedai runcit di Kampung Bota  Kiri,  Perak bersama suaminya Kudin. Juga seorang tukang jahit.
Allahyarham Latifah Abu Bakar
Panggilan Tipah, menetap di Bukit Idaman, Selayang. Seorang suri  rumah  tangga sepenuh masa. Meninggal dunia pada 9/3/2005  akibat  kemalangan. 
Salmah Abu Bakar
Salmah, kini berniaga kedai kopi di pekan Bota Kiri, Perak. Menetap di  rumah arwah mak.
Sulaiman Abu Bakar
Dipanggil leman, gelarannya bulun, kini seorang pekerja gomen yang dedikasi. Menetap di Ampang.
Shahariman Abu Bakar
Satu-satunya anak yg mengikut jejak bapak jadi Polis. Kini menetap di   HQ Polis di PJ.
Zulkifli Abu Bakar
Dipanggil zon, kini menetap dan berniaga sendiri di Pekan Bota Kiri. Masa  kecik dulu arwah bapak pernah campak dia ke bawah rumah kerana  malas sekolah, Ripley! Believe it or not. Idup lagi sampai  sekarang
Mohd Sabri Abu Bakar
Botak ni dipanggil sabri, E, kini menetap di Kuala Lumpur. Mungkin anak yang  paling jahat dan ganas masa kecik. Tapi dah besor ni, aku cukup baik,  berhemah dan berpekerti mulia. Boleh dikatakan semua setan dan pelesit  kata aku baik.
Bapak Aiman 1976
Aiman 2007
Ada persamaan?
Aiman 2006
BapakAiman 1976
BapakAiman 2006
Berek polis Sitiawan, Perak
Batu 10, Lekir Perak

Rosmiza dan Erwandi adalah dari haril perkahwinan Rosnah dengan Radin Roslan
Fairus adalah dari perkahwinan Salmah dgn Wan Daud, Johari dari perkahwinan Salmah dgn Mustapa
Abu Bakar
Hatijah
Syafie
Daud
Saedah
Rosnah
Latifah
Salmah
Sulaiman
Zulkifli
Shahariman
Sabri
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1