Dirotan paling kuat oleh arwah bapak
Tarikh/Tahun -  Darjah tiga 

Kisahnya.. - Aku kena rotan paling teruk dengan arwah bapak. Dia dapat tahu aku curi rokok dia. Aku kira macam anakku sazali, curi rokok tembak dia sekotak dalam balang, lepas tu ajak member aku sani hisap. Dia nampak terus kejar, aku terima rotan bulu ayam paling teruk.

Tajuk - Tukang sembelih ayam 
Tarikh/Tahun - Remajer - 1980an 

Kisahnya.. - Aku dan kawan2 aku mencuri 2 ekor ayam di reban orang pada waktu malam. Masalahnya takder saper pun yg berani sembelih. Akhirnya kami undi dengan lidi (yg pendek kena sembelih) dan malangnya aku terpilih. Aku pakai potong aje. Ayam yg pertama okey, tapi yang kedua terpotong habis. Mereka gelak sampai pecah perut. Apa pun, semua ayam licin lepas dipanggang di tebing sungai perak.

Tajuk - Ketagih rokok
Tarikh/Tahun - 1980an - baru abis sekolah 

Kisahnya.. - Aku belum dapat lesen merokok lagi. Masa tu bulan puasa, biasa lepas sahun aku mesti pekena rokok sebatang. Mlm tu aku lupa beli rokok, lepas sahur aku gelabah takde rokok. Kebetulan abang aku leman balik kampung. Dia tengah hisap rokok di dapur.
Aku serba salah, nak mintak kat dia rokok takut kene pelempang, tapi aku gian sangat bergolek golek atas katil. Akhirnya aku nekad, dengan berani aku terus ke dapur, sambar rokok winston dia dan blah. Nasib baik leman cuma senyum ajer.

Tajuk - Black City 
Tarikh/Tahun - 1980an
 
Kisahnya.. - Kakak aku salmah yang tahu aku suka main gitar bagi aku duit beli gitar karen. Aku beli fender 2nd hand di Parit. buka kumpulan rock kasi nama Black City. Aku main gitar utama. Biasa kami jam kat Kinta, Ipoh.Satu malam ader kugiran orang kawin kat changkar cermin. Masa band tu tengah rehat makan, ada permintaan dari orang bota supaya kumpulan Black City masuk main lagu Cinta Tiga Dimensi. Dengan beratnya kami masuk. HANCUR!!! Sehancur-hancurnya. Lagu lefthanded jadi macam nashid. Apa taknya.. dua tiga orang blackcity dah lalok pekener ganja. Mimpi ngeri. Rasa malu sampai hari ini.


Tajuk - Dikejar dengan parang
Tarikh/Tahun - 1980an - remajer 

Kisahnya.. - Aku dgn kawan aku nashar pergi ke bendang (sawah ) orang. Tahan jaring di petak sawah kemudian berlari menghalau ikan ke jaring. Sudah pasti banyak batang padi yang kami pijak. Banyak juga ikan sepat yang sangkut. Dlm tengah asyik mengumpul ikan, terdengan orang menjerit dari jauh. Nampak orang belari ke arah kami bawak parang. Apa lagi kami berlari ke hutan. Kami menyorok dalam hutan sampai malam baru keluar. Tobat, kami tak buat lagi. Nasib baik orang tu tak cam kami.


Tajuk - Memancing di kolam orang 
Tarikh/Tahun - 1980an - remaje

Kisahnya.. - Aku, nashar, rin dan derih memancing ikan keli di kolam belaan orang kampung. Cukup syok. Letak aje kail, ikan terus sambar. Berpuluh ikan kami dapat. Bakar di situ juga. Tiba2 mencelah tuan punya kolam tu. (aku tak ingat namanya). Kami semua gelabah, ready untuk lari. Tapi pakcik tu cakap yang aku masih tak lupa lagi "ada kenduri rupenyerr, kalau nak makan, ambiklah berapa banyak pun, pak cik sedekah' katanya sambil blah. Patutlah kolam dia banyak sangat ikan.

Tajuk - NAIK ANGIN 
Tarikh/Tahun - 1980an 

Kisahnya.. - Kakak aku baru lepas bercerai terus balik kampung. Dia muda lagi, banyak lah orang kampung minat. Aku pula selalu disakat kawan aku, tapi aku selamba ajer tak marah. Selalu sakat aku, adik jandalah.. macam macam. Tapi satu hari, mereka ramai-ramai keliling aku gelak-gelak dan ejek aku adik janda manis. Tapi bila ada sorang darinya sebut "boleh bagi akak janda ko semalam" muka aku tukar merah. Aku terus balik. Cari parang bawah rumah, terus ke tempat dia orang lepak tadi. Aku terdengar rin cakap " oi e datang bawak parang". (aku digelar E di kampung) Aku terus kejar, semua bertempiaran lari. Aku menjerit sekuat hati, saper nak mati marilah! Aku tunggu sampai pukul 1.00 pagi. Aku tak tahu kenapa aku begitu berani. Mungkin syeikh dah naik, dirasuk setan. Aku mogok, tak geng dia orang. Seminggu lepas tu, masa aku tengah mancing, dia orang datang ramai-ramai mintak maaf. Sejak tu, tak saper berani sakat aku adik janda lagi depan aku.

Tajuk - Ditahan polis 
Tarikh/Tahun - 1980an 

Kisahnya.. - Aku baru bangun tidur petang tu, mandi dan terus ke tebing tempat lepak. Tiba2 aku tengok ramai orang dan ada polis. Datang sorang poils (Polis Daud) terus gari tangan aku. Ditariknya aku, katanya"kamu yang tunjuk anu kat aku tadi ye?). Mana pulak.. aku baru bangun tidur. Rupa-rupanya ada orang yang tunjuk anu pada polis yang berada di seberang sungai. Mereka terus datang dan tangkap. Dua orang digari iaitu Jais dan aku. Aku terpinga-pinga. Aku mati-mati tak ngaku sebab aku baru bangun tidur. Kata polis daud bentuk badan yg tunjuk anu tu macam badan aku. Aku cakap aku tak keluar rumah dari pagi, macam mana aku pulak yg tunjuk anu.

Depan kawan yang ramai tu, aku suruh polis daud tanya mereka kalau tak percaya. Aku sendiri tanya mereka, betul tak aku tak keluar dari pagi. Tak sorang pun kawan aku yang bersuara. Tengok, kawan-kawan ko tak kata apapun. Akhirnya aku dibawak dekat land rover dengan jais. Aku dibawak jauh sikit. Aku ditanya polis daud, kalau nak lepas, ko bagitau aku siapa diantara kawan aku yang main judi dan hisap ganja. Aku cakap aku tak tau. Ditanya berkali-kali dan diugut masuk jel, aku tetap cakap aku tak tau (walau pun aku tahu). Aku cakap aku tak campur orang berjudi sebab aku tak reti berenang. Kalau polis datang depa semua terjun sungai berenang lari, kalau aku terjun sungai sahih tak timbul lagi. Aku merayu dilepaskan. Aku cakap tak kan aku nak tunjuk anu kat polis pasai aku pun anak bekas polis. Lagi pun tak logiklah nak tayang anu yg tak seberapa saisnya. Seorang sarjan yang ada kat situ kata tak perduli walaupun aku anak ketua polis perak. (eleh.. dia tau, kalau anak ketua polis perak mesti dok kat Ipoh punyer)

Akhirnya Jais tiba-tiba bersuara mengatakan aku memang tak ada masa kejadian tunjuk anu tu. Akhirnya aku dilepaskan dengan amaran. Jais terus dibawa ke balai dan dihantar ke Batu Gajah utk pemeriksaan air kencing selama dua minggu. Banyak pengajaran yg aku dapat disini. Tapi aku faham, bila sorang dari kawan kata mereka takut untuk bersuara. Tapi sekurang2kurangnya, lepas kejadian tu, aku rasa dapat lebih respect dari mereka.

Tajuk - Mencari akar tuba di bukit cupak 
Tarikh/Tahun - 1980an 

Kisahnya.. - Aku, rina (laki2) dan derih memang selalu kemana-mana bertiga memancing. Satu hari aku diajak mereka ke bukit cupak untuk mencari akar tuba. Kata mereka di situ senang dapat akar tuba (yg digunakan untuk meracun ikan di sungai). Bukit cupak dekat Parit terkenal dengan puakanya. Banyak kejadian yang berlaku di sini. Aku berat nak pergi tapi diajak juga. Kami kena masuk hutan. Tengah aku berehat ketika mereka mencari (aku tak kenal akar tuba) aku memang sure terdengar bunyi mendengus yang garau di belakang aku. Seluruh bulu ruma (juga lain-lain bulu) aku naik. Aku jerit panggil mereka. Mereka pun rasa tak sedap hati, dan kami terus balik tanpa akar tuba. 

Tajuk - Jatuh dalam taliair 
Tarikh/Tahun - 1980an
 
Kisahnya.. - Aku dan nashar saja dalam perjalanan balik dari menjala ikan di taliair bendang di bota. Sambil bercakap aku bawak motor AAG3181 aku, aku terlangar lecah dan terus menjunam ke dalam ban (tali air) dengan motor sekali. Kaki nashar luka, aku sakit di tangan. Dalam sakit kami cuba naikkan motor tapi tak boleh. Kami cuma mampu pegang motor dari terus tenggelam. Setengah jam kemudian, baru ada orang datang tolong. Seorang tua naik basikal. Pakcik tu tolong naikkan motor. Tempat kami jatuh tu memang tersembunyi sikit. Ucap terima kasih pada pakcik tu. Kami cuba start motor nasib baik boleh. Terus gerak, cuma yang jadi persoalannya mana pergi orang yang menolong kami tu, sedangkan hanya ada satu jalan keluar saja di situ. Terus jadi misteri pada aku dan nashar.

Tajuk - Siti oh Siti 
Tarikh/Tahun - 1980an 

Kisahnya.. - Ini kisah awek aku yang pertama. Satu petang aku meronda menghala ke pekan bota kanan. Tiba tiba aku ternampak dua awek naik basikal, seorang darinya yang berkulit hitam manis senyum. Aku yg tak pernah menerima senyum gelabah tak leh control motor, dan terus masuk dalam parit. Toleh belakang, mereka gelak. Keesokan harinya aku tunggu, jam 5.00 petang mereka muncul. Aku terus mengikut mereka dan bersembang dgn yang berkulit hitam manis tu. Kawannya yang sorang lagi tu memang cun, putih melepak berambut panjang ke pinggul. Puas aku pujuk tanya nama, tapi dia tak kasik tau, dia suruh panggil perempuan saja dan dia memanggil aku lelaki. Apa pun respon ada, walau pun tak kasi tau nama.

Sampai di pekan bota, aku belah, segan orang tengok. Hari kedua, aku ikut lagi tapi masih tak dapat nama. Kali ini aku tekad untuk terus ikut dia sampai ke teluk kepayang rumahnya. Aku ikut dia masuk ke jalan rumahnya, dia berhenti, dia nampak takut. Tolong lah bapak saya garang suka main parang. Aku tetap tak berganjak, aku kata padanya "biar saya mati diparang kat sini, kawan saya akan ambik mayat saya, asalkan saya dapat tau nama awak." akhirnya dia kasitau nama dia, Siti(bkn nama sebenar). Aku senyum dan belah, sebelum keluar ke jalan raya, aku toleh, dia senyum. Sejak itu, bila dia balik dari tuisyen, aku akan ikut dia, kawannya aida yang cun tu akan ke depan membiarkan aku dan siti beriringan. Pernah melepak di Pulau Cempaka Sari Parit, tapi malang dia bawak aida, takleh lah lebih2. Aku ni ngangur, duit nak dating aku ambik upah dengan nashar menajak bendang. Berapa lama aku dengan siti? ha ha ha

Tajuk - Berakhir dengan Siti 
Tarikh/Tahun - 1980an 

Kisahnya.. - Kawan aku yg dipanggil John Lenon, pernah ternampak aku mengikut siti dan aida. Dia berkenan dengan aida dan pujuk aku supaya bagi dia ikut aku untuk ngurat si aida. Aku pun tak kisah. Beberapa kali dia cuba, tapi aida tetap membisu tak layan. Aku yang di depan dengan siti tak dengar sepatah perkataan pun dari aida. Akhir nya John give-up. Malangnya John ni taik kucing betul. Dia hasut aku. Katanya baik aku ambik aida, sebab aida cantik kulit putih rambut panjang. Katanya dia tengok aida dengan aku sembang baik! Siti hitam, kaki ada parut katanya. Aku cakap memang aida layan aku pasai siti awek aku. Hari hari dia mencucuk. Tiba tiba nashar pun ikut sekali mencucuk. Kata nasyar gerak hati dia sebenarya aida syok kat aku, tapi aku syok kat siti pulak. Dek kena cucuk selalu dengan john dan nashar, akhirnya aku termakan juga.

Pada hari rabu tu, seperti biasa mereka berbasikal pulang. Aku terus mengikut dan seperti biasa juga siti akan kebelakang utk bagi aku beriringan dengannya dan aida di depan. Siti senyum dari jauh. Bila aku sampai, aku terus ke depan beriringan dengan aida. Aku terikut godaan dua setan aku tu dan cuba berbual dengan aida. Aida nampak pelik, eh kawan awak kat belakanglah. Aku cakap, dia kawan je, tapi saya sebenarnya minat awak. Muka aida merah padam. Dia tak bercakap lagi. Berbuih mulut aku, dia tetap tak bercakap. Akhir aku rasa serba salah, nak pusing balik. Ternampak siti, nangis di belakang. Aku balik dengan rasa bersalah yang amat sangat dan rasa marah yang membahang pada dua setan yang menghasut aku tu. Esoknya aku tunggu, cuma aida saja yang lalu, siti tak ada. Aku tak berani nak ikut aida walau pun dicucuk lagi oleh setan-setan tu.

Minggu depannya aku cuba ikut siti untuk minta maaf, tapi aku tak dengar sepatah kata pun dari siti, cuma aida yang bersuara, baliklah, jangan ikut kami lagi atau kami bagi tau bapak kami. Di situlah berakhirnya dengan siti. Dua tiga bulan lepas tu aku terserempak siti berbasikal beriringan dengan sekor mamat, orang teluk kepayang rasanya. Masa tu aku main gitar tepi jalan, aku tengok dia, dia nampak seronok berbual dengan mamat tu, tapi dia tetap ada menjeling sekali pada aku. John dan nashar usik, janda ko dah ada pengganti. Babi! aku cakap kat mereka. Agak terlalu lama aku 'membujang' sampailah aku berhijrah ke KL. Aku memang tak boleh lupa wajah siti yang menangis tu. Mungkin balasan tuhan, 5 dari 7 awek aku lepas di KL tinggalkan aku ikut balak lain, sorang aku tinggalkan dan sorang aku sambar jadi bini.

Tajuk - Memancing Kaloi dengan Leman 
Tarikh/Tahun - 1980an

Kisahnya.. - Satu hari Leman balik kampung, dia ajak aku memancing ikan kaloi berumpankan buah ara. Aku hanya menggunakan kail yg diikat dengan tong susu, sedangkan leman menggunakan batang kail. Tapi tiba-tiba tong aku bergerak-gerak. Kaloi yang besar menggena mata kail aku. Cukup besar sampai susah nak naikkan. Akhirnya berjaya juga. Besar kaloinya sedangkan yang pakai batang kail yang canggih tak dapat apa-apa.

Tajuk - Bersilat dengan Shaha
Tarikh/Tahun - 1980an

Kisahnya.. - Masa remajer dulu selalu aku bergaduh dengan abang aku saha. Selalu aku yang kena. Akhirnya aku masuk satu silat, yang diajar oleh arwah mat terobok jiran yang juga sepupu aku. Aku selalunya berpasangan dengan Pudin (adik penyanyi raisudin hamzah - bapak penyanyi siti sarah). Satu hari, aku bergaduh dengan saha. Aku ajak dia bertumbuk kat bawah. Aku mula buka langkah silat aku, pusing kiri, pusing kanan dengan kekudanya, baru ajer aku nak keluarkan bunga silat, Saha datang terus bagi penumbuk kena pipi aku, aku rasa berpinar dan jatuh. Aku tak tahu macamana aku boleh lupa semua gerak silat yang aku belajar, aku tetap kena. Pendek kata, kesimpulannya, arakiannya, kesudahannya dan sumarynya, aku tetap lebam.

Tajuk - Kaki Wayang
Tarikh/Tahun - 1976-1977

Kisahnya.. - Aku memang kaki wayang walaupun baru darjah empat. Balik sekolah aku akan menyelinap di bilik kakak aku dan mencuri duit kakak aku arwah Tipah. Terus ke panggung Grand di sitiawan. Apa juga cerita aku akan tengok. Kalau tak dapat juga duit, aku mintak berader tu masuk dan aku kena tolong sapu kulit kuaci di panggung. Satu hari filem King Kong sedang ditayangkan di panggung Cathay. Tiket di panggung tu Rm1. Aku dengan kawan aku syam memang teringin nak tengok tapi tak ada duit. Kami cuba mintak mak kami tapi tak dapat.

Pagi tu kami telah diajak kerumah kawan kami (aku tak ingat namanya) kerana dia nak tunjuk dua ekor kura-kura yang dibelanya. Oleh kerana dah terpesona sangat dengan iklan king kong dibelit ular besar, kami nekad. Kami ke rumah kawan kami tu dan mencuri kura-kuranya. Masukkan dalam guni. Kami ke rumah orang cina dan cuba menjual kura-kura tu tapi tak ada yang nak beli. Akhirnya dapat juga kami jual pada seorang pemilik restoran di Pekan Sitiawan, dia beli untuk bagi anjingnya makan. Dapat juga kami tengok filem King Kong tanpa rasa bersalah pada kawan kami yang bela kura-kura tu.

Tajuk - Berniaga di pasar harian Sitiawan
Tarikh/Tahun - 1976 darjah empat 

Kisahnya.. - Ada satu lagi filem menarik ditayangkan di panggung Cathay Sitiawan. Aku tak ingat cerita apa, mungkin cerita JAWS agaknya. Aku dan kawan aku Syam memang nak tengok. Kami ada idea. Kami ke rumah cikgu kami yang banyak buah mangga. Kami minta izin nak petik dua tiga bijik mangga nak makan. Cikgu kami kata ambiklah kalau nak makan. Tapi.. kami ambik seguni. Memang seguni mangga muda. Bawak balik berek, simpan dalam stor Syam . Kami bawak separuh ke pasar harian di Sitiawan (dekan kedai tuak) dan cuba jual. Kami letak buah mangga kami sebelah seorang pak cik yang jual buah pisang. Pak cik tu tanya mana dapat mangga ni, kami kata kami adik beradik orang miskin, petik mangga dari kampung untuk beli buku. Pak cik tu beli mangga kami seringgit (cukup untuk tiket wayang).

Kami cuba terus jual. Tiba-tiba syam menjerit, "bapak ko datang!! Memang nampak bapak aku dengan uniformnya naik basikal. Aku terus berlari, tinggalkan syam sorang, menyusur orang ramai. Lari sekuat hati tanpa berhenti macam forest gump tak toleh belakang lagi. Hingga sampai ke stesen bas Sitiawan. Aku lepak situ kejap, pastu aku lari lagi sampai ke rumah member aku fauzi di kampung sri serdang. Esoknya, syam kata lepas aku lari, dia pun lari. Mangga ditinggalkan di situ. Tak tau saper yang ambil. Mungkin pak cik sebelah kut, tak tau lah. Tapi kami tetap dapat tengok filem tu.


Tajuk - Tukang Bang
Tarikh/Tahun - 1977 

Kisahnya.. - Lepas arwah bapak meninggal, kami dibenar tinggal di berek polis Sitiawan sehinggalah kami dapat rumah sewa. Kami berpindah di sebuah rumah belakang masjid di kampung masjid Sitiawan. Bila pindah sini, aku dengan abang aku zon, mula rapat dengan bilal. Tiap hari mahgrib dan isyak mesti ke surau lebih awal. Kalau kami tak datang, bilal akan ke rumah. Aku pernah beberapa kali disuruh azan.Tapi yang paling seronok malam jumaat sebab ada makan. Bila balik kampung bota, aku dan zon selalu ke surau sampai kami dipuji oleh jemaah di surau tu. Di kampung juga aku pernah disuruh melaungkan azan beberapa kali, terutamanya waktu solat subuh. Bila kami berpindah ke kampung, zon tetap dengan keimanannya, aku jadi hantu.

Tajuk - TV kaler
Tarikh/Tahun - 1978.. rasernya 

Kisahnya.. - Rtm baru melancarkan tv kaler. Siaran ujian selalu diadakan. Aku ingat lagi aku kena pelempang dengan leman pasai tak tolong dia buat reban ayam, pasai aku ashik tengok siaran ujian cerita CHIPs.

Satu hari ada orang bagi tau rumah sorang anak orang yang agak berada , Rina baru beli TV kaler.(aku belom join dgn budak-budak bota masa tu, baru pindah dari sitiawan). Aku dengar cerita tu dari orang di kedai, kebetulan mak aku suruh beli bawang. Aku terus ke rumah Rin tu, tengok ramai orang di dalamnya. Aku nak masuk, tapi tuan rumah (rin) kata kena bayar 50 sen. Aku bagi duit yang mak aku suruh beli bawang tu. First time aku tengok tv kaler, cerita The man from atlantis lakonan patric duffy. Dua tiga bulan lepas tu leman dengan selmah beli tv kaler sanyo 18 in. Aku diminta berjanji tiap hari mesti tutup tingkap tak payah disuruh. Aku berjanji, tapi rasenya seminngu ajer aku buat.

Tajuk - Kutip duit
Tarikh/Tahun - 1970an 

Kisahnya.. - Satu satu perkara yang seronok yang aku tak boleh lupa, bila abang aku pie yang masa tu kerja navi balik. Dia yang menyimpan banyak duit syiling, akan melambung duit tu, dan kami adik-adiknya akan menjerit sambil berebut duit tu. Aku cuba buat pada anak buah aku Jae dan Pauh, tapi mereka tak layan. "apa buang-buang duit tu" kata mereka.

Tajuk - Seorang murid yang jujur
Tarikh/Tahun - 1977

Kisahnya.. - Aku bersekolah di Sekolah Rendah Ghandi di Sitiawan. Pada satu hari, (darjah lima rasanya) masa rehat aku ke padang utk bermain dengan member di padang sekolah. Tiba-tiba datang sorang kawan berlari ke arah aku. Katanya dia terjumpa segumpal duit kertas seringgit. . Aku terus ambil duit tu dan berlari ke bilik cikgu. Aku serahkan duit tu pada cikgu. Cikgu baharin ambik duit tu dan catit nama aku.

Pada hari isninnya ketika assembly, aku dipanggil ke pentas. Guru besar, cikgu balakrisnan berucap. Berbuih mulut guru besar memuji aku, aku adalah seorang murid yang jujurlah, punyai sikap yang terpuji, menjadi contohlah dan macam macam. (Mungkin guru besar lupa yang dia selalu rotan bontot aku. Cikgu bahasa inggeris, Mr. baldesh selalu antor aku untuk dirotan guru besor pasai selalu tak bawak buku). Aku dipuji bagai nak rak. Tengkok aku kembang sampai menenngelamkan muka aku.

Pada suatu hari, diadakan satu majlis besar di sekolah (tak ingat majlis untuk apa) dihadiri oleh Pengasas sekolah Dr Edmond, Ketua Daerah, Ketua Polis Daerah dan orang ternama yang duduk di atas pentas. Tiba-tiba kedengaran cikgu rahman bersuara, " Diminta seorang murid yang jujur, Mohd Sabri Bin Abu Bakar naik ke pentas." Aku pun naik. Sekali lagi, aku dipuji oleh cikgu rahman pasai duit yang aku jumpa tu. Ramai mak bapak yang datang. Biasanya bila aku tercongok di pentas aku akan mengkelabukan pandandan aku pasai aku takut tengok orang ramai di bawah. Selepas pujian melambung, aku disuruh cikgu bersalam dengan semua tetamu di atas pentas.

Sebulan lebih kemudiannya, guru besar datang ke kelas, ajak aku ikut dia dengan kereta moris minornya ke rumah aku. Masa sampai rumah, mak tengah beli ikan. Guru besar serahkan duit rm10 tu pada mak aku, dan sekali lagi aku dipuji oleh guru besar. Duit tu kakak aku belikan jam tiruan jenis oriente di kedai pajak gadai pekan sitiawan. Inilah jam aku yang pertama. Itulah aku, seorang murid yang jujur, ikhlas dan menjadi contoh. Merampas duit yg dijumpai kawan. Ha ha ha.

Tajuk - Ketua Penyanyi
Tarikh/Tahun - 1977 lebih kurang 

Kisahnya.. - Di sekolah aku masuk pengakap. dibawah bimbingan ustaz ghani. Pada suatu hari, ustaz ghani kata akan diadakan perhimpunan pengakap di sekolah aku di mana semua pengakap dari sekolah-sekolah daerah dinding(sekarang manjung) akan mengadakan persembahan. Entah mengapa aku dipilih oleh ustaz ghani untuk memimpin nyayian bagi kumpulan pengakap sekolah kami. Munkin dia pilih aku pasai dia kenai dan sedara bapak aku kut. Sekolah kami memilih untuk menyanyikan sebuah lagu siam. Untuk itu aku aku sebagai leader harus ke depan dan berucap, " kami kumpulan pengakap sek keb ghandi akan menyanyikan lagu ....(aku tak ingat tajuknya). Aku tiap-tiap hari practice berucap.

Bila tiba harinya, aku rasa makin gelabah. Aku tak tau rupanya aku ni darah gemuruh. Giliran sekolah aku no 3. Selepas pengakap sekolah yang pertama menyanyi, aku mula menggigil. Rasa nak terkencing dalam seluar. Aku jumpa ustaz ghani kata aku tak boleh nyanyi sakit perut. Tapi ustaz marah, kata jangan tipu. Akhirnya tiba giliran aku, aku terus ke depan dengan tangan yang menggigil, mata yang berair, "kami,, pengakap ghandi akan menyanyikan.." itu yang mampu aku ucapkan dengan terketar-ketar. Aku terus ke belakang masuk barisan. Aku nampak ustaz ghani tepuk dahi. Abis nyanyi ustaz ghani tanya apa kena kamu ni. Aku diam ajer. Mata aku berair lagi...

Tajuk - Menjadi Komunis
Tarikh/Tahun - 1977- darjah lima 

Kisahnya.. - Sekolah aku akan menjadi host bagi pertandingan nyanyian utk seluruha sekolah daerah manjung. Aku cuba masuk, tapi setelah uji bakat, dimana aku diminta menyanyikan lagu negaraku, aku tak terpilih. Bagaimanapun, oleh kerana sekolah aku akan menyayikan lagu patriotik, mereka memerlukan replika tugu negara. Oleh kerana aku second chip pengakap, aku dipilih untuk menjadi sebahagian dari tugu negara. Mungkin ustaz ghani serik dengan aku masa nyanyi pengakap dulu, dia tak kasik aku jadi askar melayu, tapi jadi komunis yang terbaring mati dibawah.

Akhirnya sekolah kami menjadi juara. Masa pertandingan aku tak gelabah pasai aku kena tutup mata, pasai jadi komunis yang dah mati. Tapi lepas pertandingan, ustaz ghani tetap bengang kat aku. "kenapa kamu senyum memanjang tadi. Jadi komunis yg mati mana boleh senyum. Kamu ni, jadi penyanyi tak boleh, jadi komunis pun tak boleh." aku ingat lagi katanya macam tu. Aku tak nak lah kasi tau yang komunis yang satu lagi, yang hempap aku(ravi rasanya) asyik geletek aku.


Tajuk - Dibenci cikgu
Tarikh/Tahun - 1983 tingkatan lima

Kisahnya.. - Ada dua cikgu yang betul-betul geram kat aku. Puan Azami yang mengajar sastera dan cikgu Tan yang mengajar matematik. Biasalah tak buat kerja sekolah, sikap terpuji tak bawak buku tu terus sampai ke sekolah menengah. Cikgu Tan selalu tengking aku, bantai belakang aku dan akhirnya dia fed-up dan buat tak perduli, seolah-olah aku tak ada dalam kelas.

Puan Azami pula biasanya memperuntukkan 5 minit untuk marah dan perli aku kerana aku sesatunya orang yang berani tak bawa buku tiap kali dia masuk kelas. Sat ba ro, sabar, sampai terlalu sabar.. itulah ayat yang selalu diulangnya. Bila result SPM keluar, aku senyum sengih kat Puan Azami, dia pun senyum mungkin tak sangka sastera aku dapat a1. Jumpa cikgu Tan, aku sengih lagi kuat, aku dah buktikan pada cikgu tan yang matematik aku boleh dapat markah terbanyak .. 9.


Tajuk - Ponteng Sekolah
Tarikh/Tahun - 1982 - Tingkatan Empat 

Kisahnya.. - Aku rapat dengan satu murid cina, Chua. Selalu ponteng sekolah dengan dia. Sampai sekolah pagi, aku dgn dia terus lari ke bukit. Lepak di bukit tak jauh dari sekolah. Chua akan ke restoran cina berhampiran dan beli mee hailam. Aku balun aje, walaupun kedai cina. Kata chua dia suruh tokey restoran tu jangan taruh babi. Cuma pada satu hari masa menyorok di bukit, kami diserang oleh dua ekor anjing. Rupa-rupanya kami kacau anjing tengah beromen. Aku lari tapi chua kena gigit. Sejak tu kami tak berani lagi sembunyi di bukit tu. Aku pun kurang ponteng lagi.

Tajuk - Bionic bontot
Tarikh/Tahun - 1981 - tingkatan tiga 

Kisahnya.. - Masa tingkatan tiga, aku adalah diantara segelintir murid yang selalu dirotan oleh guru disiplin sekolah keran lewat masuk kelas selepas waktu rehat. Sesiapa yang tak masuk kelas selepas loceng dibunyikan, mesti kena rotan. Boleh dikatakan seminggu 2 kali aku kena rotan kat bontot. Memang masa rehat yang diberikan tak cukup. Mana tidaknya aku kena ke bukit kat sekolah pekena sebatang rokok. Bukannya tak sakit. Tapi satu hari aku dapat idea, aku masukkan buku latihan sekolah kat underware bontot aku. Bila cikgu pukul, aku tak terasa sakit. Idea aku ditiru oleh budak-budak lain. Akhirnya cikgu dapat tau juga, sebelum merotan, cikgu akan raba bontot dulu.
Sekurang-kurangnya aku dah berjasa memberikan idea yang baik untuk kesejahteraan kawan-kawan aku yang sering dirotan.


Tajuk - Berkawan samseng Ipoh 
Tarikh/Tahun - 1985 

Kisahnya.. - Lepas exam spm, aku dengan member aku zaharin ke ipoh mencari kerja sementara tunggu result. Dapat kerja di Kilang Plywood Tong Fong di menglembu. Menyewa di sebuah rumah seorang mak cik yang cerewet di Kuala Pari. Aku mula-mula dapat kerja bahagian potong plywood, kamceng dengan sorang staff india, moorty. Dia ni memang kelakar. Selalu kami kena marah dengan supervisor sebab ketawa masa kerja.

Satu hari sorang staff di bahagian mesin berhenti. Aku dipanggil oleh supervisor mesin tu, ah heng untuk menggantikannya. Kerja aku senang, bila plywood dah bagi signal dah siap dibakar, aku cuma kena tekan satu butang untuk mengeluarkannya. Tapi malang aku tersilap tekan butang emergency. Seluruh kilang berbunyi siren. Supervisor ah heng cukup marah sampai kata aku tak ada otak punya orang. Tapi aku tak lawan, aku minta maaf. Dari hari ke hari aku belajar dan tunjuk rajin sampai supervisor jadi kamceng terus ambil aku kerja kat mesin tu. Rokok supplied. Minum petang beres. Aku cakap pening aje dia suruh aku tidur. Ada supervisor lain nak guna aku di tempat lain, ah heng tak kasi, marah supervisor tu. Aku nak belajar bawak fortlif dia kasi, sampai senget tiang kilang aku langgar.

Pada masa yang sama, di kuala pari ada satu kumpulan samseng yang cukup terkenal di ipoh. Untuk pergi kerja atau ke kedai aku memang kena melalui rumah mereka. Satu malam masa balik dari kedai beli rokok, kumpulan mereka yang ramai tu panggil aku."Oi mat, mari sini". Aku tengok mereka cukup gerun, dengan talipinggan besinya. Aku terus pergi pada mereka, belum sempat mereka berkata, aku bersuara dulu " bang sorry bang, saya menumpang kat rumah mak cik dah, kalau saya ada buat salah apa-apa saya minta maaf. Tak der niat. Saya nak cari makan aje". Ketua kumpulan tu senyum, dia kata" kamu ni nampak sombong tapi tak kurang ajar, ada respect. Ok mulai sekarang kamu boleh datang sini bila-bila masa, Kalau ada sesaper buat kurang ajar, kasi tau, kami belasah sampai mati"
Mulai hari tu selalu lepak rumah diaorang, makan apa yang dia orang masak, tengok tv. Cuma aku tak join dia orang isap ganja. Dia ni respect, tak ajak lagi bila aku kata tak nak.

Cuma yang jadi masalah, sorang dari mereka juga bekerja di kilang aku, bergaduh dengan supervisor aku, ah heng. Aku diajak oleh kumpulan samseng kuala pari supaya tak kerja di bawah ah heng lagi. Aku serba salah. Tapi tak susah buat keputusan. Bungkus kain baju, terus balik kampung, berhenti.

Tajuk - Bas Mini 
Tarikh/Tahun - 1992 

Kisahnya.. - Masa tu aku tumpang di rumah abang aku saha di flat pekeliling. Kerja di PJ, naik bas di chow kit. Dalam perjalanan balik ke KL, aku dan kawan aku yusuf naik sebuah bas mini 33. Yusuf bernasib baik kerana ada tempat kosong, tapi aku terpaksa berdiri. Hinggalah ketika sampai KWSP baru aku dapat duduk. Malangnya mamat di sebelah aku tu gemuk sangat. Aku cuma dapat duduk sebelah peha saja, tapi nak buat macamana dari berdiri biar duduk.

Bila bas tu sampai di bulatan di UM, pemandu bas yang terer buat cornet cantik punya, kalah micheal schumacker punya corner, aku tak boleh control, tak sempat pegang kerusi, terus terpelanting dan terduduk atas peha sorang perempuan india sebelah. Malunya tak boleh nak kata. Tengok kawan aku di belakang mukanya merah menahan gelak. Sejak hari tu, kalau naik bas mini aku hanya akan duduk setelah yakin keseluruhan bontot aku penuh pada tempat duduk, bukan sebelah saja. Dan aku juga akan pastikan tanganku senantiasa memegan kerusi walau pun ketika bas berhenti. Walau pun dah bertahun, kawan aku yusof akan ketawak bergolek bila ingat balik peristiwa tu.

Tajuk - Trick 
Tarikh/Tahun - 1977  

Kisahnya.. - Aku dan abang aku zon ke Alor Star rumah kakak aku Rosnah ketika cuti penggal. Aku tidur dengan zon di bilik belakang. Satu malam, aku terjaga. Telinga aku terdengar seperti orang bercakap di luar rumah. Aku betul-betul kecut. Cuba untuk tidur balik tapi tak boleh. Tak kan aku nak kejut zon mcm tu aje.

Aku dapat satu idea. Aku pura-pura ngigau dan tumbuk bertalu-talu dia sambil pejam mata. Zon bangun, bising "apa ni ngigau tumbuk orang". Aku pura-pura bangun. Hati rasa lega, kurang2nya ada kawan yang dah bangun. Kalau ada antu, dia boleh tengok sekali. Sampai sekarang dia tak tau yang ngigau bertumbuk tu aku sengaja buat.

Tajuk - Malu kucing 
Tarikh/Tahun - 1990an 

Kisahnya.. - Masa ni aku menyewa rumah bujang di Jalan Tempinis, Bangsar. Sebelah rumah aku juga rumah bujang perempuan, campur benggali dan cina. Aku memang selalu repair motor honda raider aku yang selalu overflow. Masa tu TV3 masih lagi di jalan liku. Mungkin tiap kali ada program dgn tv3, penyanyi ning baizura akan singgah di rumah sebelah, kawan dia agaknya.

Satu hari tu, tengah repair motor, tiba-tiba dia keluar rumah, dia senyum kat aku, tapi entah apa punya beruknya aku terus tunduk muka menyorok belakang motor. Kenapa aku ni sombong atau malu sangat ke aku tak tau. Aku citer kat member rumah, mereka gelak giler. Aku muda lagi, malu sangat. Tak apalah, ini aku jadikan pengajaran. Lain kali kalau aku jumpa artis lagi, siti norhaliza ke, aku takkan tunduk malu, aku akan terus jelir lidah.

Tajuk - Penderaan seksual 
Tarikh/Tahun - Dua tiga tahun yang lalu 

Kisahnya.. - Aku dan anak bini aku nak pergi shopping ke bukit bintang. Kita orang saja nak naik bas, lagi pun bb memang jam. Kami naik sebuah bas yang penuh sesak. Aku ke belakang sikit, sementara anak dan bini aku beridiri di depan. Aku berdiri menghadap ke driver bas. Depan aku seorang apek cina beruban putih becermin mata.

Cina apek ni juga menghala ke depan menghadap driver. Tapi tangan dia ke belakang. Ada masanya bila bas brek, tangan apek ni terkena 'anu' aku. Ah mungkin tak sengaja. Tapi bila dah dua tiga kali, aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan apek ni. Bila dah dekat sampai town, masa semua orang nak turun, tiba tiba apek bodoh ni genggam telur aku. Aku punya marah, aku tendang apek tu dengan lutut aku, "babi barua" aku jerit. .Apek tu terus turun dengan cepat. Bini aku tanya kenapa aku jerit. Aku cerita hal yang sebenar, dia punya gelak.. mengalahkan puntianak, kalau puntianak dengar pun lari. Lagi diusiknya, pergilah, apek tu kesepian.... katanya.

Aku angin betul. Turun bas cuba cari apek gatal tu tapi tak jumpa. Cilakak betoi, kalor pompuan ke tak apa lerr, mungkin aku relakan ajer dan mungkin juga aku tak nak turun dari bas. Ini apek tua, dah le tu tak hencem pulak tu. Sampai sekarang kalau terjumpa apek tua beruban pakai spek, bini aku nyakat "Pak we lama abang tu!!!"


Tajuk - Curi ayam II 
Tarikh/Tahun - 1980an 

Kisahnya.. - Abang aku Pie kahwin. Orang kampung terutamanya makcik-makcik tukang potong bawang dah penuh di rumah aku. Abang aku tak sembelih lembu sebaliknya dia beli ayam, 500 ekor rasanya. Berpuluh-puluh plastik ayam ada di bawah rumah aku. Member-member aku yang tahu ada banyak ayam kat rumah aku, semua memujuk supaya aku curik sekor untuk panggang dan makan ramai-ramai tebi tebing sungai perak.

Setelah dipujuk dan dipuji aku ni hencem giler, akhirnya aku setuju. Yelah, bukan senang nak dengar orang puji aku hansem, walau pun tipu. Aku balik rumah, kosongkan beg sekolah aku, dengan penuh hati hati aku sumbatkan empat ekor ayam dalam beg tu. Selamba aku terus ke tempat lepak ikut jalan tepi sungai. Aku tak tau sama ada orang perasan atau tak aku curi ayam, sebab masa sampai kat tempat lepak satu kepala ayam terjuntai keluar dari beg. Kami panggang dua ekor ayam aje, dua ekor lagi kami jual pada sorang member dan beli rokok.

Pada abang aku pie, kalau terbaca ni, kira halal lah ayam empat ekor tu. Kalau aku kahwin lagi satu nanti, ambiklah balik empat ekor ayam tu.


Tajuk - Lemah semangat 
Tarikh/Tahun - 1972 atau 1973 

Kisahnya.. - Kalau tak silap umur aku enam atau tujuh tahun. Tapi walaupun masih kecik, aku ingat lagi peristiwa ini. Satu hari aku ikut emak aku pergi lumut. Biasalah, aku masa kecik suka menyendoi (mengikut) mak ke mana pergi. Di pekan lumut aku tengok ada ramai orang berkumpul di satu tempat. Orang jual ubat rupanya.

Pertunjukan dia cukup menyeramkan. Aku cuba mencelah dan dapat lihat. Penjual ubat itu menggunakan tengkorak dan tulang manusia dalam pertunjukannya. Aku dapat tengok dengan jelas kepala tengkorak tu bergerak gerak. Aku rasa takut, lalu keluar dan ketika itu jugalah penjual ubat itu menjeri, "sesiapa yang dah tengok tengkorak ni bergerak, mesti lihat sampai habis, jika tidak tengkorak ini akan datang rumah kamu malam nanti". Aku mula rasa takut sangat, menangis dan menjerit. Bila sampai di rumah (berek polis lama simpang empat, sitiawan) aku meraung raung. Sampai orang keliling datang. Ada bini polis berbangsa india yang suruh mak aku pangkah dahi aku dengan arang. Mak buat.

Bila bapak balik pun puas dia pujuk aku, aku tetap menangis. Malam tu aku rasa, aku nampak kain putih melayang masuk dalam bilik.Aku rasa mungkin perasan saja atau mimpi. Aku terus demam lepas tu. Pada pendapat aku, penjual ubat tu tipu aje, saja dia nak orang terus tengok pertunjukan dia.

PERHATIAN
Sesiapa yang dah baca cerita di atas mesti membaca keseluruhan ruangan ini sampai habis. Kalau tidak, malam ni aku akan datang rumah dalam keadaan berbogel.
Anda pasti amat tidak seronok melihat jejaka boroi seperti aku ni dlm keadaan berbogel. Boleh kena demam denggi!



Tajuk - Kerantung 
Tarikh/Tahun - 3hb october 2004 

Kisahnya.. - Di kampung aku, Bota Kiri, jika ada orang meninggal di sebelah malam, kerantung(atau sesetengah panggil beduk) di surau akan dipukul perlahan sebanyak 7 kali selepas subuh sebagai hebahan pada orang kampung bahawa ada orang yang meninggal. Aku dan mak biasa mendengarnya, sebab aku bangun subuh untuk ke sekolah yang jauh di Parit, manakala emak buat nasi lemak. Bila mendengar bunyi kerantung yang sayup perlahan itu, mak akan kata 'ada orang meninggal. " Aku pulak bertanya mak, Siapa agaknya yang meninggal'. Bila aku berhijrah kolumpur, tak pernah dengar lagi bunyi kerantung tu.
Pada jam 6.00 pagi, 3hb oktober, 2004 ketika berada di kampung, sekali lagi aku mendengar bunyi kerantung yang sayup menandakan ada orang yang meninggal.
Terasa amat sayu dan sedih sekali mendengar bunyi kali ini. Kerantung bergema dengan perlahan. Kakak aku Salmah ada bersama-samaku di luar rumah ketika bunyi kerantung tu.

Suasana di luar rumah pagi itu cukup sunyi hinggakan bunyi kerantung tu terasa begitu kuat. Siapa yang meninggal? Aku menoleh ke dalam rumah. Emak aku terbaring kaku di atas katil dengan kedua belah tangannya di atas perut dan wajahnya ditutup dengan kain. Siapa yang meninggal? Mak tak boleh jawab lagi. Kerantung itu untuk emak.